Monday, October 3, 2011

TWO things ONE happiness!!!

assalamualaikum


kali ini aku nak post peristiwa yang dah seminggu berlalu.kira dh basi la ni. tapi xpela. aku nak gak cite. hehe. minggu lepas 22 sept sampai 24 sept kelas aku ada wat program. ad dua lagi. haha. 1st kitorg wat program sivik kat Sekolah Kebangsaan Bunut Susu, Pasir Mas. tyme ni kitorang just kemas2 dan ceriakan bilik sains sekolah je. =) (biasala.nama pon cikgu sains kn?hehe)..


owh.sebenarnya tak banyak pon apa kitorang nk wat. tp aku rasa sangat tak cukup masa. haa..cuak dah ni.. kalut wat tu. kalut wat ni. sampai group laen wat majlis penutup pon group aku tak join.haha. slumber je kan. tup2..betul2 majlis penutup dah tamat, kerja-kerja kami kat bilik sains tu pon siap akhirnya..fuuuuhhhhh..LEGA! haha..


then yang surprisenya, cikgu dan budak2 kelas tu siap wat jamuan lagi. even bukan untuk kitorang sebenarnya. tapi rezeki jangan ditolak.haha. aku yang tak leh tolak rezeki ni pon apa lagi..makan la..haha  kuat makan tol aku ni. then dah siap2 kemas semua, kami pon bersedia untuk bergerak ke Taman Negara Kuala Koh untuk SES lak.=) hepi2.. 


sebagai bukti hasil kerja kitorang, kat bawah ni usha2 la gambar2 yang xseberapa ni ok!! layannnnnn!!!


selamat datang ke SK Bunut Susu..=)


cikgu emy tgh bg penerangan kat budak2 ni..serius tol gayanya


rajin budak2 ni tolong cikgu ye,,=)


ni cikgu wardah la buli MUDIN..haha kan dh kena dok atas almari


baca doa sebelum makan ok murid2!!


oh noo....tgk muka orang xsabar nak makan tu..


jom makannnn!!!!!


wah..perut sudah kenyang,barula senang hati sket nak g kuala koh ni,haha. so after that, kami pon bertolak la ke kuala koh,, lama tol perjalanan tu. tambah2 kena masuk pedalaman sket. jalan die, pergh..dasyat wa cakap sama lu. sejibik macam naik roller coaster kt Genting highland tu.haha. so tak g genting pon xpe kot,haha. mana xdasyatnya, dengan kondisi bas maktab macam tu.kah3..tapi respek giler kat bas n pakcik yang drive tu..cayalah!!haha.

kt taman negara ni bes gak r. banyak aktiviti best yang kitorang wat. memula naik jambatan gangtung (siyesly aku gayat tambah lagi tgk ada sungai kt bawah).haha. then kitorang pon naik canopy walk. tyme ni ok sket coz jarak antara sorang ke sorang tu jauh sket. so titian tu xlah bergoyang sangat. haha. yang lawaknya kat sini mula2 aku naik canopy walk ni leh lak aku g marah kawan ak, Nur Eleena.."weh ena, ko goyang ek?" sbb aku rasa terok sgt goyangnya (padahal aku berat kot..ada kaitan x?)

after naik canopy, kami pon g jungle treking. aku jadi group 1st. kami dibahagikan kepada 3 kump. so, sebagai group 1st, kami jalan meredah hutan tanpa menoleh kebelakang lagi. punyala laju kami jalan.haha nk cepat sampai punya pasal. yang besnya, kami xmenikmati sangat pon keindahan hutan, tapi tapi lebih menikmati @ memerhati pacat2 yang ada kat hutan tu.haha. mata asyik pandang kaki je. kejap2 berhenti n buang pacat2 tu.haha..so dh blk asrama tu, after dihitung kira, xterkira la berapa pacat yang naik kt badan aku ni. tap hanya sekor je sempat isap darah aku.haha. tapi aku xsempat bagi die kenyang pon.haha. 

petang lak ada aktiviti blind trail.game ni kami kena tutup mata la. part jalan ramai2 tu ok lagi.tp bila dah kena jalan sorang sorg2.ah sudahh. habis lumpur mana tah kena masuk. nasib tapak kasut aku ada lagi lepas abes game tu.tapi siyesly tengok video gelak xhingat.haha

malam ad aktiviti night walk. night walk ni kami xmasuk hutan cz langit macam nak hujan,. huhu sedey, padahal dalam hati sonok giler cz xdala kena gigit pacat lagi.kahkah. tapi cuak la jalan malam2 ni kat hutan even atas jalan tar pon. kang ada harimau kang sapa susah?

esoknya, kami still xdapat wat rubber tubing. even air sungai dah surut, tapi still deras lg. so, alternatif lain, kami pon boating la sepanjang sungai tu.haha. sonok2. tapi gila kental la naik bot tanpa life jacket.haha.

tu je la serba sedikit ceritera aku di dua minggu lepas.=) jom layan beberapa gambar kenangan di sana..=)












No comments:

Post a Comment