Tuesday, October 4, 2011

SHORT AND SWEET..=)

assalamualaikum..

dialog antara dua beranak..=)

kakcik: selamat hari lahir abah..=)


abah: terima kasih dan harapan abah hanya anak-anak abah sentiasa patuh dan taat dengan perintah Allah dan sentiasa beriman denganNya.


kakcik: insyaAllah abah..=)


abah: juga moga anak abah berjaya dunia dan akhirat, amin.


kakcik: aminnn..


ohh...aku sangat sedih ok..terharu n rasa cam nak nangis pon ada. ni yang rasa nak balik parit buntaq ni..huhu =(

SELAMAT HARI LAHIR ABAH!! =)

Assalamualaikum..


hari ni 4 Oktober 2011 adalah hari lahir abah aku.. En Baharuddin bin Hassan. abah aku lahir tahun 1955. so tahun ni umur abah aku berapa ek? haha..fail sket la math ni. 56 thn kn..


abah aku ni tegas orangnya. kalo orang lain tengok abah pon mesti orang igt abah ni garang. tapi sebenarnya abah ni tegas sket je tapi baik hati. kalo dulu time aku kecik-kecik memang aku rasa abah garang. yela, mana taknya nak kena jaga kami adik beradik yang sangat nakal ni kan. tapi since ada adik2 aku yang last2 ni, abah dah xgarang sangat mcm dlu. abah sangat manjakan adik. yela..adik bongsu katakan..=). tapi, kalo kat sekolah, abah memang garang kot. penah aku praktikum kat sekolah abah, budak2 pon takot ngan abah.hehe. cuma adik aku je yang tak takut ngan abah dan cakap abah x garang pon.haha.. tapi kalo tak disebabkan ketegasan abah, kami adik beradik takkan jadi macam ni. sekarang ni pulak, apa je yang aku nak, mesti abah tunaikan.. tambah2 aku duduk jauh nun di kelantan.. kalau teringin nak makan ap2, bila balik umah mesti abah akan belikan...kalo aku dah abis duit, mesti abah masukkan...kalo balik naik bas n turun kat butterworth mesti abah datang ambil even pagi esoknya abah kena pegi sekolah.. tq for everything abah...=) sebenarnya banyak lagi nak tulis..tapi takkan habis kalo nak senaraikan apa jasa2 abah kat kami adik beradik.. so, cukup la aku citer sket je k...=)


abah, cik doakan semoga abah sentiasa dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur dan sihat2 selalu. terima kasih abah sebab dah didik kami adik beradik sampai sekarang. penat lelah abah, tenaga abah dan semua la kami adik beradik xmampu nak balas. hanya Allah yang mampu membalasnya.. semoga kita sekeluarga sentiasa berbahagia di bawah lindungan rahmat Allah...aminn..=)




ni abah aku..=)

amacam, garang tak muka abah??

pagi raya bersama abah n adik..=)

my luvly family....luv u all very muchhhhh!!!
p/s: saya sayang keluarga saya. mak abah thanz for everything k!! =)

Monday, October 3, 2011

terima kasih cinta..=)

assalamualaikum...

hari ni aku saja nak wat entry pelik sket.hehe..nak berjiwang sket la.=)


awak,
awk yang saya kenal masa sekolah dulu,
yang kejenye asyik bergaduh je,
tapi takdir Tuhan siapa yang tahu,
akhirnya kita...(xperlu la cerita ok?)

awak,
terima kasih kerana selalu ada,
di saat saya susah dan senang,
yang selalu tolong saya kalo saya dalam kesusahan,
yang selalu sudi mendengar cerita saya,
sudi mendengar amarah saya,
sudi mendengar bebelan saya, 
sudi mendengar tangisan saya, dan
awak juga menjadi penenang bila saya susah hati..

awak,
saya tahu saya tak secantik orang lain,
saya tak secomel orang lain,
saya tak sebaik orang lain,
saya xsesempurna orang lain,
tapi...
ketahuilah yang saya akan cuba menjadi yang terbaik untuk awak..

awak,
sedangkan lidah lagi tergigit..
inikan pula tentang kita..
maafkan saya kerana selalu wat awak mara..
maafkan saya kerana saya selalu degil..
maafkan saya kerana keras kepala,
maafkan saya kerana saya selalu xdengar cakap awak..
tapi..sebagai manusia biasa..
saya juga tak lepas dari melakukan kesilapan..
maafkan saya, awak...

awak,
dulu kita jauh..
dipisahkan beberapa negeri..
sekarang kita lagi jauh..
kita di negara yang berbeza..
hanya satu yang saya harapkan..
marilah kita bersama menjaga hubungan ini..
kesetiaan, kejujuran itu penting...

awak,
saya bersyukur kepada Allah..
kerana pertemukan saya dengan awak..
kerana saya diberi peluang untuk mencintai dan dicintai.

Ya Allah,
aku memohon kepadaMu..
berkatilah hubungan ini..
kuatkan jodoh antara kami..
tunjuki kami jalan yang lurus..
jalan yang Engkau redhai...
aminnn ya rabbalalamin......




* perempuan yang baik hanya untuk lelaki yang baik..oleh itu, mari kita memperbaiki diri   supaya menjadi lebih baik ok?? =)

TWO things ONE happiness!!!

assalamualaikum


kali ini aku nak post peristiwa yang dah seminggu berlalu.kira dh basi la ni. tapi xpela. aku nak gak cite. hehe. minggu lepas 22 sept sampai 24 sept kelas aku ada wat program. ad dua lagi. haha. 1st kitorg wat program sivik kat Sekolah Kebangsaan Bunut Susu, Pasir Mas. tyme ni kitorang just kemas2 dan ceriakan bilik sains sekolah je. =) (biasala.nama pon cikgu sains kn?hehe)..


owh.sebenarnya tak banyak pon apa kitorang nk wat. tp aku rasa sangat tak cukup masa. haa..cuak dah ni.. kalut wat tu. kalut wat ni. sampai group laen wat majlis penutup pon group aku tak join.haha. slumber je kan. tup2..betul2 majlis penutup dah tamat, kerja-kerja kami kat bilik sains tu pon siap akhirnya..fuuuuhhhhh..LEGA! haha..


then yang surprisenya, cikgu dan budak2 kelas tu siap wat jamuan lagi. even bukan untuk kitorang sebenarnya. tapi rezeki jangan ditolak.haha. aku yang tak leh tolak rezeki ni pon apa lagi..makan la..haha  kuat makan tol aku ni. then dah siap2 kemas semua, kami pon bersedia untuk bergerak ke Taman Negara Kuala Koh untuk SES lak.=) hepi2.. 


sebagai bukti hasil kerja kitorang, kat bawah ni usha2 la gambar2 yang xseberapa ni ok!! layannnnnn!!!


selamat datang ke SK Bunut Susu..=)


cikgu emy tgh bg penerangan kat budak2 ni..serius tol gayanya


rajin budak2 ni tolong cikgu ye,,=)


ni cikgu wardah la buli MUDIN..haha kan dh kena dok atas almari


baca doa sebelum makan ok murid2!!


oh noo....tgk muka orang xsabar nak makan tu..


jom makannnn!!!!!


wah..perut sudah kenyang,barula senang hati sket nak g kuala koh ni,haha. so after that, kami pon bertolak la ke kuala koh,, lama tol perjalanan tu. tambah2 kena masuk pedalaman sket. jalan die, pergh..dasyat wa cakap sama lu. sejibik macam naik roller coaster kt Genting highland tu.haha. so tak g genting pon xpe kot,haha. mana xdasyatnya, dengan kondisi bas maktab macam tu.kah3..tapi respek giler kat bas n pakcik yang drive tu..cayalah!!haha.

kt taman negara ni bes gak r. banyak aktiviti best yang kitorang wat. memula naik jambatan gangtung (siyesly aku gayat tambah lagi tgk ada sungai kt bawah).haha. then kitorang pon naik canopy walk. tyme ni ok sket coz jarak antara sorang ke sorang tu jauh sket. so titian tu xlah bergoyang sangat. haha. yang lawaknya kat sini mula2 aku naik canopy walk ni leh lak aku g marah kawan ak, Nur Eleena.."weh ena, ko goyang ek?" sbb aku rasa terok sgt goyangnya (padahal aku berat kot..ada kaitan x?)

after naik canopy, kami pon g jungle treking. aku jadi group 1st. kami dibahagikan kepada 3 kump. so, sebagai group 1st, kami jalan meredah hutan tanpa menoleh kebelakang lagi. punyala laju kami jalan.haha nk cepat sampai punya pasal. yang besnya, kami xmenikmati sangat pon keindahan hutan, tapi tapi lebih menikmati @ memerhati pacat2 yang ada kat hutan tu.haha. mata asyik pandang kaki je. kejap2 berhenti n buang pacat2 tu.haha..so dh blk asrama tu, after dihitung kira, xterkira la berapa pacat yang naik kt badan aku ni. tap hanya sekor je sempat isap darah aku.haha. tapi aku xsempat bagi die kenyang pon.haha. 

petang lak ada aktiviti blind trail.game ni kami kena tutup mata la. part jalan ramai2 tu ok lagi.tp bila dah kena jalan sorang sorg2.ah sudahh. habis lumpur mana tah kena masuk. nasib tapak kasut aku ada lagi lepas abes game tu.tapi siyesly tengok video gelak xhingat.haha

malam ad aktiviti night walk. night walk ni kami xmasuk hutan cz langit macam nak hujan,. huhu sedey, padahal dalam hati sonok giler cz xdala kena gigit pacat lagi.kahkah. tapi cuak la jalan malam2 ni kat hutan even atas jalan tar pon. kang ada harimau kang sapa susah?

esoknya, kami still xdapat wat rubber tubing. even air sungai dah surut, tapi still deras lg. so, alternatif lain, kami pon boating la sepanjang sungai tu.haha. sonok2. tapi gila kental la naik bot tanpa life jacket.haha.

tu je la serba sedikit ceritera aku di dua minggu lepas.=) jom layan beberapa gambar kenangan di sana..=)