Ciri-Ciri OCD
Sebelum seseorang individu dilabelkan mengidap OCD, mereka perlu menepati criteria seperti berikut:-
- orang itu obsesional dari aspek pemikiran, bayangan atau cara yang bertubi-tubi (rumination), contohnya dia merasa tangannya kotor walaupun hakikatnya tidak.
- Individu terbabit berada dalam keadaan resah, cemas, tertekan dan merasa tidak selesa dengan keadaan ini.
- Sedar dan apa yang berlaku sebenarnya bukan sesuatu yang sengaja dibaut-buat tetapi datang dari luar 'ego alien' pada dirinya.
- Individu tersebut tahu bahawa idea atau bayangan yang hadir dalam dirinya itu adalah karut, tidak logic dan tidak sepatutnya berlaku.
- Melawan dan menahan idea yang datang dan menyebabkan dirinya menjadi resah.
- Was-was
- Kebersihan
- Melakukan sesuatu secara perlahan-lahan (slowness)
Malah, tumpuan fikiran mereka juga sering terganggu mengakibatkan hubungan sosial dengan orang lain dan keluarga sering menimbulkan masalah.
Individu yang tergolong dalam kumpulan ini biasanya sering berkeadaan seperti:-
- Kemurungan
- Sedih
- Kurang selesa
- Cepat letih
- Berat badan menurun
- Cepat marah
- Tidak menghiraukan aspek pengurusan diri seperti kebersihan atau kecantikan.
Bagaimanapun, sekiranya masalah atau konflik yang dihadapi dapat diatasi dengan cara yang baik, symptom-simptom ini akan berkurangan.
Adakalanya symptom-simptom yang terdapat pada OCD boleh didapati pada penderita-penderita penyakit mental lain seperti skizofrenia, manik depresif, psikosis, kemurungan, penyakit mental organic dan lain-lain.
Faktor-Faktor Yang Meningkatkan Risiko Seseorang Mendapat OCD
- Genetik - ( Keturunan ) Ahli keluarga yang mungkin mempunyai sejarah penyakit ini meningkatkan lagi risiko OCD.
- Organik- Masalah organic seperti lesi dibahagian-bahagian tertentu otak juga merupakan satu factor bagi OCD. Masalah saraf seperti yang disebabkan oleh meningitis dan enkefalitis juga adalah salah satu penyebab OCD.
- Personaliti - Mereka yang mempunyai personality obsesif lebih cenderung mendapat gangguan OCD. Ciri-ciri mereka yang memiliki personality ini ialah seperti keterlaluan mementingkan aspek kebersihan, seseorang yang terlalu patuh pada peraturan, cerewet, sukar bertolak ansur dan tidak mudah mengalah.
- Pengalaman lalu - Pengalaman masa lalu / lampau juga muda mencorakkan kaedah seseorang menangani masalah diantaranya dengan menunjukkan symptom OCD.
- Konflik - Mereka yang mengalami gangguan ini biasanya menghadapi konflik jiwa yang berpunca daripada apa juga masalah hidup.
Ciri-Ciri OCD
Dalam proses penyiasatan, doctor akan mengambil kira latar belakang dan sejarah pesakit termasuklah:-
- Tempoh berlakunya masalah tersebut
- Punca sebenar tercetusnya masalah
- Tempat simptom OCD sama ada lebih ketara di rumah atau di pejabat
- Keseriusan simptom sekiranya penderita menghadapi masalah.
- Peringkat keterukan yang dihadapi.
Doktor perlu menentukan sama ada penyakit atau simptom OCD yang dialami pesakit bersifat primer atau sekunder penyakit mental yang lain.
Rawatan Ubat-ubatan
Biasanya doctor akan memberi ubat anti-obsesif seperti chlomipramine dan fluxomine bagi membantu menenangkan pesakit. Ubat-ubatan ini juga berpotensi menghapuskan fikiran obsesional pesakit.
Adakalanya pesakit terpaksa mengamalkan ubat-ubatan ini dalam tempoh yang agak lama seperti dua hingga tiga tahun bergantung kepada tindakbalas.
Pendekatan psikologi
Pendekatan psikologi yang merangkumi psikoterapi kognitif dan psikoterapi tingkahlaku:-
- Psikoterapi kognitif - pesakit akan dibantu mengatasi masalah ini melalui cadangan dan perbincangan berdasarkan pemikiran yang rasional.
- Psikoterapi tingkah laku - Tetapi ini lebih bercorak kepada pendedahan dan tindakan pencegahan yang berperingkat-peringkat.
- Keseriusan masalah yang dihadapi
- Kerjasama dan patutnya terhadap rawatan yang diberi
- Sokongan individu yang hampir seperti ahli keluarga, rakan-rakan atau teman.
- Tempoh mengidap penyakit tersebut.
sumber : Malaysia Mental Health Association (MMHA)
![]() |
kompius2.. |
No comments:
Post a Comment