Wednesday, November 30, 2011

hepi besday my roomate, housemate n classmate!!!

assalamualaikum...

hari ni 30 november 2011. special dedication goes to my dearest friend Wan Nor Haslinda Wan Zaidi.. dah lama ek kita sebilik. dari mula-mula masuk sampai la sekarang. thanz mek coz be my friend. ko ni mmg mak datin la..jangok abes. my inspiration utk berjangok!haha. mek, kat bawah ni aku nyanyi lagu besday kat ko k..
layaaaannnnnn...=)

"hepi besday to you...
 hepi besday to you...
 hepi besday to mek lin...
 hepi besday to you......"

amacam? sedap tak suara aku??haha

Side by side or miles apart
True friends are always close to your heart
Whether you're turning five or fifty-three
You know that I'm a true friend because you're here beside me
I'm here, right now, on your special day
So lets give a cheer for you, hip, hip, hooray!

I just want to say, Happy Birthday
To you, my dear, dear friend
You have always been there for me
And our friendship will never end



Tuesday, November 29, 2011

Family Day Out~

assalamualaikum


semalam..bersamaan 28 november 2011 aku dan keluarga beriadah ke Megamall Penang.hehe. hajatnya nak pegi main boling. malam sebelum tu lagi abah dah ingatkan pukul 9 mesti dah siap. haha..tapi biasala janji melayu..pukul 9 pon ada lagi yang belum mandi la apa la..haha. akhirnya nak dekat pukul sepuluh baru la gerak.


kami sampai megamall dalam pukul 10.50pg. banyak kedai tak bukak lagi.haha.semangat nak main boling punya pasal. tup2 die tulis boling bukak pukul 12. aduyaiiiii. dengan sedikit kecewa, kami pon turun floor bawah nak pegi popular. lama jugakla family aku membeli belah di sini.haha. dalam kul 11.50, aku dan akak aku pon naik dulu coz nak booking cepat.haha.


kami main satu game je and 4 org je lawan. abah takmo lawan.haha. so kami adik beradik ni la yang menunjukkan skil memasing. nak tau sapa menang?? mestila aku..sbb aku kot yang paling selalu main boling ni.hahaha..


abes main boling, kitorang pon gerak la ke pantai bersih.hangat lit-littt..haha..kat sana kami sempat isi perut yang lapar ini.hehe.dahla aku malas nak cerita banyak.=) so...layannnnn~
















Sunday, November 27, 2011

JALAN-JALAN CARI MAKAN (PART 1) ~Mc Donalds~



assalamualaikum..

sebenarnya post ni dah lama aku nak tulis cuma mood je tak datang lagi.hehe. akhirnya malam ni aku terasa nak menulis blog la.hehe. untuk pengetahuan semua, sebelum aku dan rakan-rakan serumah menghabiskan semester 6 kami, kami ni dah buat keje gila sket.hehe. kami cadang nak pegi semua fast food yang ada kat bumi kelantan. tapi sebenarnya tak dala sampai semua fast food kami pegi disebabkan kekangan masa yang memerlukan kami untuk study. almaklumlah, exam dah nak dekat sangat time tu.hehe

di suatu malam, sedang asyik kami ni study........poyos gile study sbnrnya tak pon.haha. dalam pukul berapa tah tiba-tiba ada la seorang makhluk Allah ni cakap (aku xpasti siapa)".....jom g McD!!" haha..dan tak sangka la plak semua orang setuju.hahaha

so..kami pon mendrifkan diri ke McD Kota Bharu.hehe. masing-masing order favorite memasing. tapi yang pasti setiap orang mesti order Mc Flurry yang sedap tu..=). makan punya makan sampai tak sedar malam semakin larut. daripada ramai orang dalam tu sampai tak ramai dah.haha. naseb la ni 24hours..hehe. pas dah abes makan, kami pon decide nak balik.haha

sekian sahaja cerita Jalan-jalan Cari Makan kami di McD..hehe.. pasni aku nak cite pasal JJCM kami kt tempat lain la plak..so dibawah, sila layan gambar2 kenangan kami..=)















Wednesday, November 23, 2011

~selamat tinggal semester 6~

assalamualaikum..

sebenarnya cerita ni dah basi dah. tapi bagi aku, cerita ni masih segar dalam ingatan.ceewah!! tanggal 17 November 2011, berakhirnya aku menjadi pelajar semester 6 dengan berakhirnya exam last paper aku.hehe. semester ni aku sebagai semester 6 hanya ada 3 papers je utk exam. walaupun sedikit, tapi susahnya mak aii... haha. 

malam sebelum paper last, aku dan kawan2 serumah pegila makan kat luar. malas nak masak + makanan basah dah abis. so, kitorang pon decide nak g makan kat Marry Brown.haha coz kami tak penah pegi makan kat situ. hehe. 

so, aku punyala bersiap. malam tu aku decide nak pakai skirt. ala2 feminin gitu. kah3. tup2 bila linda start kereta, lampu signal lak tak berfungsi.. so, korang rasa apa yang jadi???haha.. dengan sedihnya, aku pon pegi la tukar pakai jeans, tak kanla nak pegi naek moto pakai skirt??haha.. so, merempit la kami berlima ke Marry brown...






balik dari makan2 tu, aku n linda terus masuk keta. baget nak baiki apa yang patut la..ahaha..dengan helmet yang xsempat bukak lagi, macam alien je gamaknya.haha. bila ema n ena sampai umah, kitorang still lagi tengok2 keta. ema yang serba boleh tu pon bergaya umpama mekanik. tengok sana, tengok sini. haha. ena yang sengal tu + aku yang sengal sket dari ena baget2 rakam video la.kah3..kitorang dok kat luar tu macam esoknya takde paper dah.haha.kental gile!








akhirnya, keputusan telah dibuat untuk bawak g bengkel jela esok.haha..selesai sudah cerita saya. masuk je dalam rumah, terus kitorang study!! pergh..ayat xleh blah.haha..

selamat tinggal semester 6..welcome semester 7. 2 semesters to go to finish my study!!=)




HARIMAU MUDA MEMBAHAM GARUDA!!

assalamualaikum...

mesti semua orang tak leh lupa kan macam mana Harimau Muda kalahkan Garuda time Sukan Sea yang baru je abis semalam??? sama la jugak dengan aku. aku masih teringat betapa ketaqnya lutut cheq..dup dap dup dap je jantung ni. permainan sangat sengit dan sangat nebes.hehe. aku layan bola dekat rumah je ngan family. kekadang teringin la gak layan bola kat kedai mamak ke..tp kn kalo layan kat kedai mamak, kang terjerit2 malu lak kat orang. betul ke tidak?? haha. 


dasyatnya penangan bola sepak ni sampai aku yang dulu just kenal apex n muslim je tros leh kenal yang lelain. n kredit diberikan kepada En Zulfazhli yang banyak kenalkan aku ngan nama2 player Harimau Muda ni.haha. ha..sebut nama En Zulfazhli ni, terus buat aku jeles. mana yang tak jelesnya, boleh dikata setiap kali game sepak bola mesti die boleh pegi. jeles2!! ad satu game tu kalo tak salah aku la game Msia vs Kemboja kot, aku nmpak die dalam tv..haha..bangga siot die.


then, game yang melibatkan msia pon sibuk je die nk g gak.haha..akhirnya..msia dapat masuk final.. game msia vs indonesia pon die dpt pegi tengok kat stadium Gelora Bung Karno tu. dengan orang yang ramai nak mampos tu tak sanggup lak aku nak berhimpit-himpit kalo diberi peluang untuk pergi. haha. kang ad lak yang sesak nafas. 


berdasarkan cerita encik Zulfazhli, sebenarnya dalam stadium tu kapasiti utk 80 000 orang je. tp malam tu, dalam stadium lebey kurang 100 000 orang. sampai ada yang duduk kat tangga. kat luar stadium lak ada lagi 50 000 orang yang tak leh masuk. sila bayangkan betapa sesaknya...cepat2 bayangkan!hehe


malas la plak nak taip pepanjang ni. Jom la kita layan beberapa keping gambar yang aku curi dari album En Zulfazhli..kredit to him!! sooo layannnnn~~


tengok tiket ni. mana yang tak jelesnye..haha

bila harimau masuk padang..semua orang pandang-pandang~

Ribuan manusia merah putih.

gelagat pemain indonesia yang kecewa..

hepinya team malaysia..congrats guys!!

ni antara yang buatkan aku jeles.. Encik Zulfazhli ngan muslim tuu..=)

Tuesday, October 4, 2011

SHORT AND SWEET..=)

assalamualaikum..

dialog antara dua beranak..=)

kakcik: selamat hari lahir abah..=)


abah: terima kasih dan harapan abah hanya anak-anak abah sentiasa patuh dan taat dengan perintah Allah dan sentiasa beriman denganNya.


kakcik: insyaAllah abah..=)


abah: juga moga anak abah berjaya dunia dan akhirat, amin.


kakcik: aminnn..


ohh...aku sangat sedih ok..terharu n rasa cam nak nangis pon ada. ni yang rasa nak balik parit buntaq ni..huhu =(

SELAMAT HARI LAHIR ABAH!! =)

Assalamualaikum..


hari ni 4 Oktober 2011 adalah hari lahir abah aku.. En Baharuddin bin Hassan. abah aku lahir tahun 1955. so tahun ni umur abah aku berapa ek? haha..fail sket la math ni. 56 thn kn..


abah aku ni tegas orangnya. kalo orang lain tengok abah pon mesti orang igt abah ni garang. tapi sebenarnya abah ni tegas sket je tapi baik hati. kalo dulu time aku kecik-kecik memang aku rasa abah garang. yela, mana taknya nak kena jaga kami adik beradik yang sangat nakal ni kan. tapi since ada adik2 aku yang last2 ni, abah dah xgarang sangat mcm dlu. abah sangat manjakan adik. yela..adik bongsu katakan..=). tapi, kalo kat sekolah, abah memang garang kot. penah aku praktikum kat sekolah abah, budak2 pon takot ngan abah.hehe. cuma adik aku je yang tak takut ngan abah dan cakap abah x garang pon.haha.. tapi kalo tak disebabkan ketegasan abah, kami adik beradik takkan jadi macam ni. sekarang ni pulak, apa je yang aku nak, mesti abah tunaikan.. tambah2 aku duduk jauh nun di kelantan.. kalau teringin nak makan ap2, bila balik umah mesti abah akan belikan...kalo aku dah abis duit, mesti abah masukkan...kalo balik naik bas n turun kat butterworth mesti abah datang ambil even pagi esoknya abah kena pegi sekolah.. tq for everything abah...=) sebenarnya banyak lagi nak tulis..tapi takkan habis kalo nak senaraikan apa jasa2 abah kat kami adik beradik.. so, cukup la aku citer sket je k...=)


abah, cik doakan semoga abah sentiasa dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur dan sihat2 selalu. terima kasih abah sebab dah didik kami adik beradik sampai sekarang. penat lelah abah, tenaga abah dan semua la kami adik beradik xmampu nak balas. hanya Allah yang mampu membalasnya.. semoga kita sekeluarga sentiasa berbahagia di bawah lindungan rahmat Allah...aminn..=)




ni abah aku..=)

amacam, garang tak muka abah??

pagi raya bersama abah n adik..=)

my luvly family....luv u all very muchhhhh!!!
p/s: saya sayang keluarga saya. mak abah thanz for everything k!! =)